Rabu, Jun 29, 2011

Kedai online Azian Iskandar UiTM Jengka Pahang

Ini petikan dari blog Azian

Terlebih dahulu saya mulakan entry yg sgt bermakna dlm hidup sy ini dgn ucapan....

Bsmillahirrohmanirrohim.......

dengan ini secara rasminya kedai online saya telah di buka....kedai ini hanya menjual baju branded bagi kanak-kanak sahaja...kalau ade yg terkurang dalam blog tu, boleh la bg teguran sbb sy pun manusia biasa.....kalau harga mahal, kawan-kawan boleh check harga kat blog lain dan bgtau sy...nnt sy kurangkan....buat apa nak jual mahal2 kl ianya sebenarnya boleh dibeli dgn harga yg murah...betul tak....?ok sempena pembukaan kedai online saya tu, saya mohon kawan2 utk sebarkan pada kawan2 yg lain....hehehehhe....sape2 yg buat entry tentang blog ini,

http://azianbrandedkidswear.blogspot.com

saya akan bg penghantaran pos percuma.....hehehhehe

tinggalkan entry anda di bahagian komen di entry ini...terima kasih....

Moga Azian terus maju dan kuat semangat disamping menghadapi ujian yang Allah turunkan melalui manusia bernama rakan-rakan sekeliling ye......

Ujian ini sebenarnya suatu tarbiyyah untuk kita, suatu cara Allah mahu kita mengenali diri kita sendiri disamping mengetahui sempadan antara kita dengan rakan-rakan kita.

KUAT KUAT KUAT

Isnin, Jun 27, 2011

Sempena harijadi sahabat

Aziah dari Maahad Tahfiz Faqeh menempah dua biji kek harijadi. Se biji untuk anak dia bawa ke sekolah(utk birthday kawan dia katanya) dan satu lagi nak makan sendirik......












Jumaat, Jun 24, 2011

Tempahan Biskut Famous Ami kini di buka

Dengan ini secara rasminya, tempahan biskut famous Ami untuk Hari Raya Aidil Fitri 2011 kini dibuka. Tarikh tutup adalah pada 31 Julai 2011.

Sampel biskut saya tak buat ye........Memandangkan itu sahaja biskut yang saya jual, saya pasti ramai yang tahu apa rasanya kan........

Cepat buat tempahan anda, keluaran saya adalah terhad memandang saya seorang yang membuatnya(tak berani nak menggaji orang lain membuatnya). Jangan hingga anda terlepas peluang untuk merasai kesedapan biskut Famous Ami ini he he he. ..........

Namun dengan rasa berat hati saya terpaksa menaikkan sedikit harga pada tahun diatas kenaikan kos bahan asas, yang pastinya saya mengguna pure butter(mentega tulin) bukan spread butter(mentega lepa). InsyaAllah saya akan mengguna mentega brand SCS

Harga dulu-dulu: RM23
Harga 2011:RM25

Sesiapa rasa-rasa nak buat sendiri(highly recommended), sila rujuk sini

Jadual kelas di Munawarah Cafe, Temerloh, Pahang

Berikut adalah jadual kelas yang akan diadakan di Munawarah Cafe, insyaAllah.

25.6.2011 (Sabtu) - Coklat dan kek Cawan
26.6.2011 (Ahad) - Biskut raya

2.7.2011 (Sabtu)- Kek Kukus dan tat
3.7.2011 (Ahad)- kek Popular

9.7.2011 (Sabtu)- Coklat dan Kek Cawan
10.7.2011 (Ahad)- Biskut Raya

16.7.2011 (Sabtu)- Kek Popular
17.7.2011 (Ahad)- Kek Kukus dan tat

23.7.2011(Sabtu) - Biskut Raya dan kek Cawan
24.7.2011 (Ahad)- Coklat

Untuk keterangan lanjut sila hubungi Puan Eyra 019 - 984 7723

Selasa, Jun 14, 2011

Sukatan imperial ke maatrik

Ilmu ini saya ambil dari sini
Berikut adalah carta ringkas sukatan imperial dan juga metrik.

1 oz - 25 gm
9 oz - 250 gm
16oz (1 lb) - 450 gm
2 lb 4 oz - 1 kg
1 cawan mentega - 250 gm
1 cawan gula - 250 gm
1 cawan tepung - 125 gm
2 cawan tepung - 250 gm
1 camca kecil/teh - 5 gm

Teaspoon dan tablespoon measure

Ilmu ini saya ambil dari sini

1 1/2 teaspoon = 1/2 tables
3 teaspoons = 1 tablespoon
4 1/2 teaspoons = 1 1/2 tablespoons
2 tablespoons = 1/8 cup = 1 fluid ounce
4 tablespoons = 1/4 cup = 2 fluid ounces
5 1/3 tablespoons = 1/3 cup = 5 tablespoons + 1 teaspoon
8 tablespoons = 1/2 cup = 4 fluid ounces
10 2/3 tablespoons = 2/3 cup = 10 tablespoons + 2 teaspoons
12 tablespoons = 3/4 cup = 6 fluid ounces
16 tablespoons = 1 cup = 8 fluid ounces = 1/2 pint

Sukatan dari cawan ke gram/liter

Ilmu ini saya ambil dari sini
Tepung
1/4 cup = 30gm
1/2 cup = 60gm
1 cup = 125gm
6 3/4 cups = 1kg (1000gm)

Gula atau Mentega
1/4 cup = 60gm
1/2 cup = 125gm
1 cup = 250gm

Cecair
1/4 cup = 50ml
1/2 cup = 125ml
3/4 cup = 180ml
1 cup = 250ml
4 cups (1 quart) = 1 Liter

sukatan cawan ke gram (oz)

1 cup plain flour = 125g ( 4 0z)
1 cup self raising= 125g ( 4 oz)
1 cup castor sugar = 250g ( 80z)
1 cup brown sugar = 185g ( 4 oz)
1 cup icing sugar = 125g ( 4 oz)
1 cup sultana= 125g ( 4 oz) sejenis kismis yang digunakan untuk membuat kek dan puding
1 cup coco = 125g ( 4 0z)
1 cup walnut = 125g ( 4 oz)

CMCC untuk majlis pertunangan




Tempahan ini datangnya dari Suhaila KL sempena majlis pertunangan adiknya(kalau tak silap). Untuk dijadikan hantaran.

Suhaila hanya beri wording yang mahu diiskan dalam set ini. Hiasan diserahkan pada saya, bunga-bunga kecik, katanya. Saya bukanlah kreatif mana. Siapkan wording dulu, lepas tu saya termenung depan set ini, "aku nak buat hiasan macam mana ni ya". akahirnya, jadilah begini. Seperti biasa memang saya tak puas hati hasilnya, tapi nak buat macam mana ek..... harap-harap Su dan keluarga berpuashati ya......

Isnin, Jun 13, 2011

CMCR penutup sessi persekolahan penggal pertama










Semua kek di atas adalah tempahan dari sahabat-sahabat Lina mahu dibawa balik kampung sempena cuti pertengahaan tahun.



Ini tempahan dari Mas anom UiTM Jengka. Untuk saudara yang datang rumah katanya. Malamnya saya buat buat lagi untuk Anom 3 biji lagi untuk dihantar kerumahnya esok, sabtu 28.5.2011. Kemudian 5 biji pada 10.6.2011 dan 3 biji (sebenarnya Anom nak 5 biji tapi dapat buat 3 shj, sorry Anom) pada 11.6.2011.